25 Jan 2018

A night to remember.

That night my father, my mother and my sisters and I went to this fancy restaurant out in the city. We had to drive almost an hour and a half to get there. When we got there I see familiar faces, my friends from college. They throw a party after the mid-semester exam. And I have no idea about it. Nice.

So we went on and order our food and drinks. We chit chatted about college, my sister’s exam results which went straight downhill from the beginning, and random stuff. But it was a night to remember. Although not the way we always want a night to be remembered.

Just when I got up from my seat to go to the washroom, someone screamed.

“Someone just got stabbed in the toilet ! Run ! There’s a killer on the loose !,”

What the heck was that, I said to myself. I thought it was part of their party thing so I went to look in the toilet. And there it was. A boy was stabbed and sat on the toilet’s floor. It was horrifying I almost faint. Blood pretty much the star of the scene. Outside, the crowd were hurrying to get off from the diner and starts running to their cars. I backed away, search for my family at our table. They were not there. Of course but are they seriously gone without me?

I went out and I saw my father and my mother in the car but not my sisters. I ran to car and they told me my sisters has join my group of friends into their van which has left. Just when I got in the car someone jumped in also. Deryck, one of my classmates.

“Sara, I really need a ride. Can I just jump in with you guys?”

He looks scared and somewhat pale. I thought he was really afraid since he is very new here. He just moved in with his uncle from I don’t really remember where. So I said it’s okay and off we go.

In the car I was relieved. I kept looking back if someone or the killer actually follows one of us who saw the murder. It would not be logical anyway since we were all scattered away and there were many of us. The killer may have already someone in mind to be his next victim. Or her.

Deryck who sat next to me was being very quiet. He just stare at window and when he realize I was looking at him, he looks at me. Smiling. I was happy because maybe I just save him from all the commotion. He looks like someone I could trust.

We finally reach a mall area. It was already morning so we can see few cars on the road. I felt safe. Thanks to my father who drives all night. We made a stop at the parking lot and I got out from the car to see if there is anyone I can tell about what happened last night. there was nobody yet because the mall usually opens in another an hour.

But when I get back into the car I saw my father and my mother was unconscious. Blood drips from both of their foreheads. I was shocked. Deryck was not there. No my father and my mother could not be dead, not now. As I walked away from the car, Deryck shows up. Grinning. Holding the most shiny butcher knife I ever seen. There was a sign of blood being wiped off from the stainless steel he was holding.




note: this story actually happens in my dreams and i got the chance to wrote it out because i can actually remember it. dreams can be pretty funny and stupid but this one got to me because it send a little chill down my spine. hahahaha. idk. i just thought it would be a great intro to an horror movie. maybe. if i can direct it.

Bab 1

“ Baiklah, kelas kita sampai disini saja hari ni. Saya harap kamu tak lupa buat tugasan yang kita telah bincangkan 10 minit lepas,” tegas Cikgu Bender. “ Walaupun saya dapat rasakan hanya suku kelas ni akan buat tugasan tu, saya cuma nak beritahu bahawa, 10 tahun dari sekarang kamu semua akan rindu dan tercari-cari alamat apartmen saya untuk selesaikan tugasan disamping mengharapkan sekolah akan terima kamu balik. Saya serius ni, pernah berlaku.”
Seluruh kelas bertepuk tangan seolah-olah menonton persembahan lawak yang tak jadi. Sindiran dari kelas langsung tidak menimbulkan kemarahan Cikgu Bender. Baginya, usia 16 tahun adalah waktu sesuai untuk memberontak dan tidak dipedulikan. “ Baik kelas, kita jumpa lagi 48 jam dari sekarang. Terutamanya kamu Brian. Saya nampak kulit oren dalam mulut kamu tu.”
Selepas hanya beberapa tapak Cikgu Bender keluar, kelas kembali riuh. Pelajar-pelajar lelaki berkumpul di tengah kelas, membincangkan perkara yang hanya mereka sahaja yang faham. Beberapa pelajar perempuan juga kelihatan mengeluarkan beberapa majalah fesyen. Perbincangan tentang fesyen-fesyen terbaru cukup mengisi sisa waktu mereka. Biasalah di sekolah yang terkenal dengan pelajar-pelajar berketurunan orang kenamaan, kaya, Datuk Bandar, kenalan Datuk Bandar, Ketua Polis dan orang-orang yang selalu menempa nama hanya dengan menghulurkan sedikit wang sumbangan ataupun cukup dengan berkempen sahaja. Anak-anak mereka dihantar ke sekolah ini kononnya untuk memelihara nama baik keluarga dan tidak bergaul dengan ‘golongan bawahan’. Tapi kalau namanya manusia tetap akan jadi manusia walaupun dihantar untuk hidup di bulan.
Di suatu sudut seorang budak perempuan sedang duduk tegak memandang ke luar tingkap. Gayanya seolah-olah cukup matang walaupun masih 16 tahun. Uniform sekolah yang dipakainya cukup kemas seperti sudah digosok berpuluh kali. Tak siapa tahu apa yang diperhatikannya. Di sekolah menengah, siapa peduli. “Awak buat hal awak, saya buat hal saya” atau “Kita dah cukup matang untuk buat hal sendiri” seolah-olah prinsip yang dipegang mereka. Tapi Grace, budak perempuan yang langsung tak ambil tahu dunia lain kecuali dunianya sendiri. Dia berkemampuan, cantik, dan sentiasa yakin akan dirinya. Cuma dia sombong. Grace benci mengambil tahu hal orang lain. Baginya orang lain tak berhak pun lalu dihadapannya dan bersapa dengannya. Sebab itu juga dia tidak mempunyai rakan baik. Sedangkan rakan biasa pun cuma akan bertahan beberapa minit sahaja dengannya. Dia terlalu angkuh. Rakan yang dia ada pun hanyalah ‘rakan sekelas’. Rakan sekelas yang cuma menyedari kepentingannya untuk jawapan tugasan sahaja.
 Walaupun dilabel pendiam dan merendah diri oleh rakan sekelasnya, tetapi sebenarnya dia terlalu sombong untuk bercakap. Dia cuma bimbang ada yang ingin mengambil kesempatan terhadap dirinya. Kehidupan Grace dipenuhi harga diri yang perlu dijaga rapi, seperti menjaga kulit. Pencuci perlulah sesuai, krim berjenama mahal, dan cuaca yang sesuai.
Grace terus memandang keluar. Dia cukup bersyukur dengan kemewahan dirinya. Dia tak perlukan apa-apa lagi. Cuma, dia tak mahu berkongsinya dengan sesiapa pun. Tak akan. Tak mungkin. Fikirannya terus melayang.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -- - - - -
Banglo mewah milik Encik Ronald dan Puan Lindsey tersergam megah di kawasan perumahan peribadi West Cloves. Beberapa buah kereta menghiasi garaj yang kelihatan tidak cukup luas untuk meletakkan kereta-kereta mewah tersebut. Dari situ sahaja orang boleh melihat betapa kayanya penghuni di banglo itu. Tetapi tidak cukup sekadar melihat. Kadang-kadang, tak semua yang disaksikan mata itu indah. Seperti buah manggis, kulitnya tak seindah isinya di dalam.
Grace yang telah pulang dari sekolah meletakkan beg sandangnya. Pakcik dan makciknya tidak kelihatan di mana-mana. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu di muka hadapan suratkhabar.
“Syarikat Pengeluar Tekstil Kedua Terbesar Jatuh Bankrap akibat Rasuah Melampau... Hmm..” Grace sedikit pun tidak risau kan kenyataan tersebut. Pakciknya memang memiliki syarikat pengeluar tekstil tapi dia cukup yakin syarikat pakciknya itu syarikat pertama terbesar. Jadi dia tak perlu bimbang walau sekelumit pun.
Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu. Pembantu rumah membukanya dan mendapati beberapa orang berpakaian kemas menunjukkan satu dokumen. “Maaf puan, kami cuma menjalankan tugas. Rumah ini dan segala perabot, kereta dan beberapa barang penting terpaksa disita dan awak semua perlu memberi kami ruang untuk menyelesaikan tugas kami,” seorang lelaki berbadan besar dan berkaca mata hitam berkata.
Grace yang terpaku dihadapan pintu cuma mampu membesarkan matanya dan bertanya, “Maksud awak apa?”
“Maaf cik. Maksud saya ialah cik dan keluarga cik iaitu Ronald dan Lindsey serta semua pembantu rumah perlu meninggalkan rumah ini. Semua dokumen telah ditandangani oleh Encik Ronald dan dia telah pun diisytiharkan muflis.”
Kali ini Grace terlopong. Muflis? Dan sita? Dia seolah-olah baru terkena semburan minyak wangi murah. “Saya rasa encik dah silap. Pakcik saya tak akan muflis.”
“Maaf cik. Awak cuma ada setengah jam untuk kemas barang-barang peribadi dan pergilah ke mana sahaja.”
“Grace !”
Grace melihat pakcik dan makciknya datang dari tingkat atas. “Pakcik Ronald, mereka ni dari perbadanan mana agaknya nak minta derma dengan cara kononnya pakcik dah muflis,” Grace mengeluarkan kenyataannya dengan wajah yang serius.
Makcik Lindsey merapati Grace. Matanya bengkak dan hitam akibat maskara yang kelihatan sudah cair. “Kamu dah baca suratkhabar hari ni sayang?”
“Makcik, tak mungkin makcik percaya dengan mereka ni. Syarikat pakcik bukan yang kedua kan?” soalan cepumas ditujukan kepada Ronald. Pakcik Ronald kelihatan cemas dan agak seram untuk memberitahu Grace.
“Maafkan pakcik Grace sayang, syarikat pakcik memang yang kedua terbesar sekarang ni. Dan telah pun musnah.” Pakcik Ronald betul-betul berasa sedih dengan apa yang berlaku. Syarikat yang dibinanya dengan dorongan abangnya, Daniel musnah hanya kerana kurang satu elemen. Amanah.
“Makcik dan pakcik minta maaf sayang. Tapi kita mesti pergi dari sini. Kita bernasib baik ada sebuah tempat untuk kita tinggal buat sementara ni. Ya sayang?” kata-kata Makcik Lindsey tidak cukup untuk Grace memahami apa yang berlaku.
“Cepat. Grace, kamu panggil Luke dan Marie sekali.”
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -- - - - -
Pakcik Ronald dan Makcik Lindsey merupakan satu-satunya ahli keluarga Grace yang tinggal. Pakcik Ronald merupakan adik kepada Daniel, ayah Grace. Setelah kedua ibu bapa Grace meninggal dunia, dia diamanahkan kepada Pakcik Ronald. Suami isteri ini cukup menyayangi Grace seperti anak mereka sendiri. Mereka turut mempunyai dua anak kandung iaitu Luke dan Marie. Walaupun cuma sepupu, hubungan Luke, Marie dan Grace sangat baik. Sebab itu jugalah orang-orang yang dihormati oleh Grace ialah Pakcik Ronald, Makcik Lindsey, Luke dan Marie. Mereka mengenali Grace dan pandai menjaga hatinya. Hanya dengan keluarga sahaja Grace bersikap peramah.
Pakcik Ronald dan Makcik Lindsey bukanlah orang kaya sombong seperti yang digambarkan pada Grace. Kejutan muflis bukanlah bermaksud mereka perlu terjun dari jambatan dan membunuh diri. Ini kerana mereka pernah hidup cukup susah. Sebelum ini Ronald cuma seorang tukang jahit di sebuah kedai kecil terletak di hujung pekan. Hasil dorongan abang dan merupakan rakan kongsinya Daniel, syarikat pengeluaran tekstil dibina. Sebagai tukang jahit, Ronald mahir memilih jenis-jenis kain yang sesuai.
“Kita dah sampai. Luke, bawa masuk semua beg mak dan adik-adik kamu. Dan hati-hati dengan pintu ni, ia agak rapuh.” Kata Pakcik Ronald.
“Rapuh? Pakcik Ronald, keadaan akan bertambah teruk ke?” tanya Grace. Pakcik Ronald memandang ke arah anak saudaranya sambil tersenyum. “Oh tak. Encik Bubble ada bagitau terdapat sebuah pintu yang tidak digunakan lagi di stor simpanan bawah tanah. Mungkin itu boleh membantu nanti,” kata Pakcik Ronald. Menyedari itu bukan jawapan yang dicari Grace, dia terus memegang bahu Grace.
“Maafkan pakcik sayang, buat masa sekarang mungkin ada beberapa perubahan yang memerlukan kamu untuk menyesuaikan diri. Sementara itu, kuatkan semangat kamu.”
Grace melihat keseluruhan ‘rumah baru’ mereka. Ia cuma sebesar ruang dapur rumah mewah mereka. Hanya tiga bilik, ini bermakna dia dan Marie akan berkongsi bilik. Ruang membaca keluarga tidak akan wujud lagi, begitu juga dengan gim harian dan almari pakaian sebesar bilik tidur. Tiada lagi Puteri Grace. Marie yang kelihatan penat memunggah beg pakaiannya mendekati Grace.
“Saya tahu apa yang awak fikirkan. Kita seolah-olah..” belum sempat ayat dihabiskan, Grace memotong.
“Disumpah?”
“Tak. Saya nak cakap mengalami perubahan momentum yang sangat drastik.” kata Marie sambil tersenyum. Marie kenal betul perangai sepupunya. Walaupun dia tahu Grace bukan seorang yang peramah di sekolah, tapi hatinya baik. Mungkin belum tiba masanya lagi. “Awak tak kisah berkongsi bilik?”
Grace tersenyum ke arah Marie, kakak sepupu yang cukup dihormatinya. “Taklah. Asalkan kita masing-masing ada ruang sendiri. Em, Makcik Lindsey mana?”
“Mak sedang bersihkan dapur. Awak tahu Grace, mak seolah-olah tak terkejut dengan apa yang berlaku. Mungkin sebab kami memang pernah tinggal di rumah sekecil ini waktu kami kecil dulu. Saya harap kamu tak kecewa dengan keluarga kami.”
Grace merenung dalam ke mata Marie. Kemudian tersenyum.
“Sekarang ia adalah keluarga saya,” kata Grace.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -- - - - -
            Grace menghabiskan masanya terbaring dan termenung ke siling. Lampu yang sengaja dimalapkan menambahkan rasa tidak selesa Grace yang sibuk memikirkan tentang hari esok. Apa akan berlaku? Adakah dia akan ke sekolah lagi? Semuanya sangat rumit.
            “Habislah..”
            Tiba-tiba Luke muncul di pintu. Mukanya kelihatan ceria. “ Hey Grace, nak tolong saya buang sampah?”
            Buang sampah? Teruk sangatkah keadaan sehingga mereka terpaksa buang sampah sendiri? Fikir Grace. Tapi disebabkan bosan yang melampau akibat seharian terperuk dalam biliknya, dia terpaksa akur.
            “Baik. Saya ambil baju sejuk dulu,”
            Keadaan di luar pada waktu malam sungguh sejuk. Ya, ianya kawasan luar bandar. Penuh dengan kesibukan, orang lalu lintas, tukang kasut mencari rezeki, dan pasar-pasar yang berbau ikan, daging dan ayam mentah. Grace dan Luke berhati-hati ketika melalui kawasan pejalan kaki yang basah disirami air basuhan dari kedai dobi. Tangan Grace yang menjinjing beg sampah sengaja digarunya walaupun tidak gatal. Perasaannya tidak tenang. Sementara Luke, seolah gembira dan tenang sewaktu melepasi kawasan luar bandar yang sibuk itu.
            “Awak tahu Grace, saya rindukan saat ni. Waktu kecil merupakan waktu paling hebat dalam hidup kalau awak membesar di tempat ini. Saya rasa macam dapat kehidupan lama saya semula,” kata Luke sambil memandang Grace.
            Grace yang terpaku mendengar kenyataan Luke terpaksa senyum kecil. Dia tahu waktu kecil Luke dan Marie sangat berbeza dengan dirinya. Mereka terpaksa membeli roti dari kedai serbaneka yang serba kekurangan sekiranya tidak cukup wang untuk membeli lauk makan malam. Tapi dia? Waktu itu kehidupan ayah dan ibunya mewah. Tiap-tiap hari dia dapat makan yang sedap-sedap. Semuanya disediakan oleh ibunya sendiri.
            “Ya Luke. Mmm.. saya minta maaf. Cuma saya tak faham.. Kenapa awak sangat gembira? Awak tak suka kehidupan yang senang?” tanya Grace.
            “Saya bangga dengan tempat saya dilahirkan. Bukan saya tak bersyukur tapi saya sangat rindukan perasaan yang saya alami sekarang ni. Saya tak suka perubahan. Dan saya pasti awak pun tak suka perubahan kan?”
            “Ya! Tapi Luke, kadang-kadang awak mesti terima perubahan. Sampai bila awak nak berada di tempat yang sama?” Grace meluahkan pandangannya.
            Luke tersenyum. Senyumannya yang sungguh bersifat seorang abang membuatkan Grace tenang meluahkan perasaanya.
            “Kalau macam tu, awak pun mesti terima perubahan kan?”
            “Awak rasa saya boleh ke?”
            “Awak seorang yang kuat Grace. Saya pun tak pasti masih boleh berdiri sekiranya kedua ibu bapa saya tidak berada di sisi saya. Awak pasti boleh lakukan,”
            Grace terkedu. Pandangannya kabur. Dia buntu. Kuatkah dia? Sekuat Pakcik dan makciknya? Marie dan Luke?
            Sampai sahaja di tempat buang sampah di belakang bangunan mereka tinggal itu, kelihatan beberapa orang tak berumah sedang menyiapkan tempat tidur mereka untuk malam itu di kaki jalan. Alasnya cuma kertas kotak yang dibuang di tong besar itu. Grace terdiam memandang sahaja perlakuan mereka. Dia tak rasa kasihan pun. Baginya, orang-orang itu yang tidak cuba untuk membaiki hidup mereka. Selesai membuang sampah, Grace dan Luke pulang ke rumah.
            Malam itu susah untuk Grace lelapkan matanya. Dia rindukan tilam empuk, bantal wangi dan selimut gebunya. Juga bauan harum vanila dari lilin wangi yang dibelinya di Paris. Sekarang cuma ada bau kayu basah dan stoking hanyir aibat terkena percikan lopak air. Grace bertekad. Dia akan cari jalan untuk selamatkan keluarga pakciknya. Dan apa yang dimaksudkan dengan selamat ialah supaya mereka menjadi kaya kembali.


bersambung..


nota: cerita ni dah lama saya tulis tapi baru jumpa balik dalam documents. makanya saya dah lupa cerita ni pasal apa. tapi saya akan sambung balik cerita ni kalau saya dah dapat inspirasinya nanti.
:)
hi there.